Sunday, April 22, 2012

MESRA ALAM, MULAKAN DARI RUMAH


Assalammualaikum. bagaimana anda mengaplikasikan 'mesra alam' dalam kalangan komuniti anda?? sikit-sikit, lama lama jadi bukit. mari mulakan dari rumah!

pertama, gunakan kain untuk mengelap dapur! baju baju anda yang sudah lusuh, lalu anda berhasrat untuk membuangnya sebenarnya boleh digunakan untuk menjimatkan duit! bagaimana? gantikan penggunaan tisu dengan kain tersebut. kain yang telah digunakan boleh digunapakai lagi berbanding tisu yang anda harus beli pada setiap masa tertentu!

kedua, gunakan beg plastik yang anda dapat semasa membeli belah untuk mengisi sisa buangan. percayalah, perbelanjaan anda dapat dikurangkan jika anda memanfaatkan beg plastik tersebut.

ketiga, gunakan semula bekas kaca atau plastik sebagai tempat menyimpan barang! jika anda seorang yang kreatif, anda boleh menghias bekas bekas tersebut agak kelihatan lebih unik dan menarik. jika tidak, gunakan begitu sahaja kerana anda tidak rugi apa apa. mungkin anda boleh menyimpan barang barang dapur seperti sudu dan garfu, pisau, atau bawang.

seterusnya, gunakan bahan yang lebih mesra alam untuk keperluan rumah anda! contohnya untuk menghalau nyamuk, anda boleh gunakan serai sebagai satu alternatif yang lebih baik. percaya atau tidak, selain bau yang segar, rumah anda bebas dari serangga, anda juga telah menyelamatkan bumi!

akhir sekali, tahukah anda penggunaan pancuran air dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda berbanding penggunaan air takungan? jika tidak, sekarang anda telah tahu!

oleh itu, jadilah pengguna yang bijak! hentikan membeli belah yang terlampau dan mulakan kehidupan yang lebih sihat, lebih jimat dan lebih bijak! selain itu, anda juga seorang yang layak digelar wira kerana berusaha menyelamatkan bumi. tahniah!