Monday, January 7, 2013

RAK FREE

Assalamualaikum. lama dah tak post di sini kan? sebenarnya aku sekarang ni kerja.. huhu~ lepasan SPM la katakan.. but its oke! all is well..

tempat yang aku kerja tu baru je bukak. so that, mesti akan banyak macam kayu2 dan kotak2 tebal yang terbuang. tengah2 termenung tiba2 teringat bahawa barang2 tu boleh di jadikan rak!!

how?? kayu terbuang tu kita jadikan tulang rangka dan kotak tu diaplikasikan sebagai papan. kalau anda kreatif.. korang conteng2 ala seni sikit kat kotak tu.. see??

disebabkan fizikalnya tak berapa kual.. jadi korang letak la bende2yang ringan macam gadget2 like phone, broadband, card reader, plat and else..

anda telah jimat sekurang kurangnya RM 15! anda cuma perlu jadi RAJIN! that all

Friday, May 4, 2012

rokok penyebab lebih 20 jenis penyakit

apa khabar? saya kembali lagi dengan berhenti membeli belah, mulakan kehidupan. perkara kecil yang kita jarang sedar tentang pembaziran adalah rokok! percaya atau tidak, perokok menghabiskan wang sekurang kurangnya RM 126 sebulan untuk membeli sekotak rokok gudang garam yang berharga RM4.20 dan RM 300 sebulan untuk membeli sekotak rokok dunhill yang berharga RM 10.00 setiap hari. nilai ini bersamaan dengan lebih kurang 1/3 daripada gaji minima yang telah ditetapkan di Malaysia iaitu sebanyak RM 900. bagi perokok tegar, sekotak rokok sudah pasti tidak mencukupi untuk sehari. oleh itu, mereka akan menghabiskan lebih daripada RM300 sebulan!


cuba anda bayangkan, sekiranya anda mempunyai seorang anak yang sedang bersekolah, mulai hari ini, RM 300 sebulan yang telah anda bazirkan sangat bernilai pada masa akan datang! setahun, anda akan dapat menyimpan sebanyak RM 3600. 10 tahun akan datang, anda mampu menyimpan sebanyak RM 36000. Nilai sebanyak ini mampu membiayai pembelajaran anak anda sebagai seorang siswazah pada masa akan datang! pada masa itu, jika anda tidak merokok, mungkin anda akan menyaksikan anak anda naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah.

selain membazirkan wang membeli rokok, anda juga akan membazirkan wang untuk membayar kos perubatan berikut :-


  1. kanser paru paru
  2. kanser mulut
  3. kanser esofagus
  4. kanser pancreas
  5. Brokintis
  6. masalah pundi kencing
  7. barah buah pinggang
  8. tekanan darah tinggi
  9. sakit jantung
  10. angin ahmar/strok
  11. asma
  12. anak cacat (ibu mengandung)
  13. hipatitis B/penyakit kelamin
  14. Radang paru paru
  15. batuk kering
  16. ulser paptik
  17. gastritis
  18. ekszema
  19. morfina
  20. kokaina
klik pada jenis penyakit untuk maklumat lanjut.




Sunday, April 22, 2012

MESRA ALAM, MULAKAN DARI RUMAH


Assalammualaikum. bagaimana anda mengaplikasikan 'mesra alam' dalam kalangan komuniti anda?? sikit-sikit, lama lama jadi bukit. mari mulakan dari rumah!

pertama, gunakan kain untuk mengelap dapur! baju baju anda yang sudah lusuh, lalu anda berhasrat untuk membuangnya sebenarnya boleh digunakan untuk menjimatkan duit! bagaimana? gantikan penggunaan tisu dengan kain tersebut. kain yang telah digunakan boleh digunapakai lagi berbanding tisu yang anda harus beli pada setiap masa tertentu!

kedua, gunakan beg plastik yang anda dapat semasa membeli belah untuk mengisi sisa buangan. percayalah, perbelanjaan anda dapat dikurangkan jika anda memanfaatkan beg plastik tersebut.

ketiga, gunakan semula bekas kaca atau plastik sebagai tempat menyimpan barang! jika anda seorang yang kreatif, anda boleh menghias bekas bekas tersebut agak kelihatan lebih unik dan menarik. jika tidak, gunakan begitu sahaja kerana anda tidak rugi apa apa. mungkin anda boleh menyimpan barang barang dapur seperti sudu dan garfu, pisau, atau bawang.

seterusnya, gunakan bahan yang lebih mesra alam untuk keperluan rumah anda! contohnya untuk menghalau nyamuk, anda boleh gunakan serai sebagai satu alternatif yang lebih baik. percaya atau tidak, selain bau yang segar, rumah anda bebas dari serangga, anda juga telah menyelamatkan bumi!

akhir sekali, tahukah anda penggunaan pancuran air dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda berbanding penggunaan air takungan? jika tidak, sekarang anda telah tahu!

oleh itu, jadilah pengguna yang bijak! hentikan membeli belah yang terlampau dan mulakan kehidupan yang lebih sihat, lebih jimat dan lebih bijak! selain itu, anda juga seorang yang layak digelar wira kerana berusaha menyelamatkan bumi. tahniah!