Saturday, March 17, 2012

TIPS SELAMATKAN POKET ANDA! - ENCIK ROSLI


Assalammualaikum. Berikut adalah sebahagian daripada perbualan saya dan Encik Rosli tentang apa usaha beliau dalam menjimatkan kos perbelanjaan. semoga dapat membantu anda dalam memulakan kehidupan yang lebih bijak!

Saya : Assalammualaikum. Boleh saya curi sedikit masa encik untuk bertanyakan tentang bagaimana encik uruskan wang dan meminimakan perbelanjaan ?

En. Rosli : Waalaikummussalam. Boleh. Pada zaman metropolitan ni, menjimatkan duit atau meminimakan perbelanjaan sangat lah sukar. Kini, harga barang keperluan meningkat naik. malah peningkatan berantai juga sering terjadi (bila harga minyak naik, harga barang lain pun naik). jadi saya selalu menggunakan beberapa alternatif yang lebih bijak.

Saya : boleh encik kongsikan dengan saya alternatif encik?

En. Rosli : antara alternatif yang saya gunakan adalah membeli barang secara pukal. contohnya barang barang dapur seperti gula, garam dan rempah. selain itu, saya juga banyak bercucuk tanam. seperti yang adik boleh tengok di balkoni rumah saya, terdapat pokok cili, halia dan bawang merah. sedikit sebanyak dengan cara ini saya dapat menjimatkan sedikit wang poket perbelanjaan harian.

Saya : bagaimana pula encik mengawal perbelanjaan ketika di pusat membeli belah?

Encik Rosli : pertama sekali, pergi tanpa anak anak. ni perkara penting. kalau bawa anak anak memang jadi lain. mula mula nak jimat akhirnya tak dapat. kemudian, seboleh mungkin saya hadkan duit yang dibawa bersama ketika membeli belah. jadi dengan cara tu, tak adalah kita rambang mata sangat. akhir sekali, saya buat kira kira setiap bulan. jika bulan ni terlebih daripada bulan lepas, saya akan kurangkan perbelanjaan pada bulan depan pula.

kesimpulannya, Encik Rosli membeli barang secara pukal, bercucuk tanam bagi tumbuhan yang kecil di rumah, mengelak membeli belah bersama orang lain, menghadkan perbelanjaan dan membuat kira kira setiap bulan. semoga entri kali ini dapat membantu anda!

p/s terima kasih kepada Encik Rosli kerana sudi meluangkan masa bersama saya untuk berkongsi tips untuk selamatkan poket!